Wednesday, March 14, 2012

Sekali Lagi Emas Jatuh Merudum

Salam keemasan..

Pada minggu lepas harga emas telah jatuh $1662.90 per/oz pada 6/32011.. Kejatuhan yang agak menakutkan. betol tak? tapi bagi mereka yang padat ilmu emas di dada, tidak akan menggeletar lutut apabila melihat fenomena ini.. sebab mereka sebabnya, dan mereka tahu ia jatuh tapi masih pada paksi yang betol.. dan pada 12/3/2012 ia kembali naik ke paras $1716.40 per/oz. Hanya sehari selpas itu ia merudum lagi ke paras $1661.48 per/oz. Dan pada hari ini ( waktu artikel ditulis) harga emas telah jatuh di bawah $1650per/oz.. wow.... Tokey emas seyum tgok harga ni.. hehe..

Adakah ini masa yang sesuai nak beli??

Semestinya ini adalah masa yang sangat sesuai untuk memborong emas samada emas fizikal atau gold saving account.. lepastu kita tunggu dan lihat je la.. Sering kali mereka yang nak beli emas ni akan tunggu harga murah.. murah tak murah sangat la kan.. ye la kalau dan 100g emass 999.9 harga Rm 18,oo0 murah ke? hehe.. kalau bagi org yang sentiasa membaca tentang emas, sentiasa ambil tahu kadar harga emas, mungkin Rm18,000 tu dah murah sekarang ni. So, apa tunggu lagi cepat² lah bertindak sebelum ia akan jadi lebih mahal dan terus mahal..

Kenapa ini adalah masa sesuai??

Jawapannya senang saja, sebab harga emas dijangka akan melonjak ke RM200 per/gram pada penghujung tahun ini. bayang kan hari ini ( masa artikel tulis) hanya Rm161 per/gram saja. Kenaikkan hingga Rm200 per/gram akan membawa keuntungan Rm 39per/gram. Kalau anda beli 100g, keuntungan anda akan menjadi Rm3900.. Wow... Simpan dlm ASB dapat banyak ni ke setahun kalau simpan RM18,000?? hehe.. KOrang fikirlah sendiri ye..

Kat mana nak beli??

Itu tak perlu risau, melambak kedai emas dan syarikat yang menawarkan emas sebagai produk, tapi nak carik yang betul² bagus yang payah.. Bagi saya, PUBLIC GOLD adalah yang terbaik, selain harganya yang jauh lebih murah berbanding yang lain, perbezaan harga beli dan jual juga agak kecil. dan PUBLIC GOLD jamin akan beli balik emas anda sekiranya anda nak jual emas tersebut tak kira ia bengkok atau patah asalkan beratnya masih sama.

Nak tau lebih lanjut.. jgn segan² hubungi saya 0198443050.. bila² masa sahaja..
Kita beli, Kita Simpan, Kita Untung....

Mr. Gold
019-8443050
Pengedar Sah PG

Thursday, March 1, 2012

Kerajaan Bimbang Skim Pelaburan Emas Melalui Internet Bawa Keburukan

BACHOK, 26 Feb (Bernama) -- Kementerian Kewangan bimbang kemungkinan merebaknya skim pelaburan emas melalui internet yang menjanjikan pulangan tinggi, akhirnya memberi kesan buruk kepada pelabur.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata syarikat yang ditubuhkan di luar negara itu dikatakan memberi jaminan akan memberi keuntungan 10 hingga 20 peratus dalam tempoh yang singat.

"Peringkat awal mereka benar mendapat untung lumayan tetapi kita bimbang pada akhirnya mereka akan mendapat kesan buruk apabila tidak mendapat pulangan yang setimpalnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen membaja Risda di Kampung Mak Lipah, Pak Badol di sini.

Beliau berkata Kementerian Kewangan tidak pernah mengeluarkan lesen mengenainya dan jika ada yang berasa tertipu mereka boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk diambil tindakan.

-- BERNAMA

Mr Gold
Pengedar Sah PG
0198443050

Monday, February 27, 2012

Produk Terbaru Public Gold : 10 Dirham

Salam buat semua pembaca khususnya mereka yg sangat berminat tentang emas dan perak. Hari ni saya nak cerita tentang produk terbaru PG iaitu produk perak 10 Dirham. Ia telah dijual pada harga sekitar RM150 sekeping tetapi seperti biasa harganya akan berubah-ubah mengikut turun naik harga perak dunia.


10 Dirham

Apa yang mnarik mengenai Produk ini ialah :
1. Semestinya harga yang ditawar lebih jauh lebih murah daripada yang yang lain. ( kalau WIM Rm 25 untuk 1 dirham. kalau 10 dirham?? dah Rm 250.. PG baru sekitar Rm150...
2. Setelah di kira susut nilainya sebanyak 16%.
3. Transportation cost -->> Semenanjung = Rm5 -- Sabah/sarawak/Brunei = rm10
4. Memang sangat sesuai untuk dijadikan Mas kahwin ataupun sebagai cenderahati.
5. Harganya adalah bergantung kepada turun naik harga pasaran dunia.

Harga permulaan 10 Dirham Rm 150
Murah dan mampu milik. Dapatkan sebelum harga melonjak naik..

Seperti yang kita sedia maklum, dinar dan dirham telah pun digunakan sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Pada masa kini seluruh dunia telah kembali sedar akan kelebihan menyimpan emas dan perak berbanding wang kertas (kalau nak tau kelebihannya boleh baca artikel yag lepas). keadaan ini telah meyebabkan harga emas melonjak naik setiap tahun. Selain faktor pergolakkan ekonomi USA dan Eropah.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW SAW telah bersabda:
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).

-Riwayat Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal-


Jadi, kepada yang telah pun bermula dan berusaha untuk menyinpan emas dan perak, tahniah!!! anda telah membuat keputusan yang sangat bijak. Dan kepada yang baru nak menyimpan, jangan tunggu lebih lama kerana harganya akan menjadi semakin mahal.

Hubungi saya dengan segera jika nak beli emas dan perak produk Public Gold.


Mr Gold
PG Authorized Dealer
019-8443050

Friday, February 24, 2012

Jualan Barang Kemas Meningkat

2012/02/02 (http://www.bharian.com.my)

KETIDAKTENTUAN ekonomi dunia tidak menjejaskan pasaran barangan kemas di negara ini susulan minat berterusan rakyat Malaysia membeli barangan emas sebagai pelaburan selain sebagai kegunaan perhiasan diri.

Pengarah Urusan Habib Jewels, Datuk Meer Sadik Habib berkata, pasaran barangan kemas keluaran syarikatnya terus meningkat walau pun harga emas global semakin melonjak tinggi.

Malah, jelas beliau, kenaikan harga emas di pasaran dunia itu sebenarnya turut meyakinkan pembeli untuk membuat pelaburan emas termasuk membeli barangan kemas.

“Pembeli tidak hanya membeli barangan kemas sebagai perhiasan diri, malah mereka juga membelinya bagi tujuan pelaburan ekoran kenaikan harga emas yang begitu ketara sekarang,” katanya kepada media, selepas merasmikan Galeri Warisan Jawi Peranakan di Georgetown, Pulau Pinang.

Bagi memberi jaminan pelaburan kepada pelanggannya, katanya Habib juga mempunyai syarikat pajak gadai Islam Al Rahnu yang menerima gadaian barangan emas dan batu permata.

Beliau berkata, Habib Jewels juga telah mencapai jualan yang memberangsangkan pada tahun lalu dengan pendapatan jualan RM300 juta dan syarikat itu yakin dapat meningkatkan lagi jualannya tahun ini.

Meer Sadik berkata, kumpulan menyasar peningkatan pendapatan jualan antara 10 peratus hingga 20 peratus bagi tahun ini kerana menerima permintaan yang tinggi.
Bagi menampung permintaan tempatan itu, Habib bakal membuka cawangan barunya di Perak dan Pahang pada tahun ini dengan melaburkan RM4 juta bagi pembukaan setiap cawangan.

Katanya, Habib Jewels setakat ini belum bercadang membuka cawangannya di luar negara dan mahu memberi tumpuan terhadap pasaran tempatan namun, syarikat itu giat menjalankan promosi di luar negara sebagai usaha mempromosi jenama.

Mengenai Galeri Warisan Jawi Peranakan itu, beliau berkata, Habib melabur RM2 juta bagi kerja-kerja membaik pulih bangunan kedai asalnya di Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown.

Galeri yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas itu mempamerkan lebih 100 koleksi barangan kemas dan batu permata antik termasuk barangan kemas yang berusia lebih 100 tahun yang dipakai oleh kaum wanita Jawi Peranakan di Pulau Pinang. – BERNAMA

Untuk dapatkan emas yang murah dan panduan pelaburan emas.. boleh hubungi saya terus.. atau add facebook saya.. Rahsia Emas..

Mr Gold..

Pengedar Sah PG

0198443050

Tips Pelaburan dan berita Emas : Jualan barang kemas meningkat ( Berita Harian)

Assalamualaikum..

Salam emas buat semua..

Sehari dua ni banyak pulak artikel pasal emas keluar akhbar..nampaknya emas semakin popular bahkan bertambah-tambah popular semenjak dua menjak ni.. syarikat2 emas pun tumbuh bagaikan cendawan.

emas+terus+popular Isu emas tips Pelaburan dan berita Emas : Jualan barang kemas meningkat ( Berita Harian)

Sebelum artikel hari ini keluar ada juga artikel ‘kekecewaan’ pelabur tehadap emas.

Kesimpulan ringkas emasmaster selepas membaca artikel-artikel tersebut ialah :

1-Pelaburan emas ini perlukan ilmu yang cukup baru boleh dapat untung yang maksima.

2-Emas adalah penyimpan nilai terbaik.. dek kerana inflasi yg menggila harga emas akan terus melambung.

3-Pelaburan emas untuk jangka panjang insyaAllah sentiasa selamat dan menguntungkan. Pelaburan jangka pendek perlu tahu teknik yang betul.. terutama berkenaan pasaran

4-Perlu tahu support system untuk mengelakkan kerugian melabur dalam emas.. seperti pajak sebentar jika jual masih rugi sementara menunggu buyer utk Letgo atau sell back to sykt dll.

5-Perlu cari emas yang harga murah dan mudah ‘cair’ utk dipajak yang terbaik adalah emas 999 dalam barang kemas. Ini adalah kerana SPREAD emas 999 amt rendah berbanding emas 916.. dan Barang kemas boleh dipajak untuk menambah keuntungan atau mengelak kerugian.

6. Nak tahu lebih lanjut.. hubgungi saya atau cari saya di facebook. ( nick name = rahsia emas )..

Mr Gold

Pengedar Sah PG

0198443050

Tuesday, February 21, 2012

HARGA EMAS DIJANGKA RM200 PER GRAM PADA TAHUN INI

Salam to all..

Berita terkini yang saya terima selepas roger² dengan rakan² tokey emas yang lain, dan selepas melihat trend harga emas sebelum dan semasa, pakar² kaji selidik harga emas menjangkakan yang harga emas akan stabil di paras Rm 200 untuk 1 gram sehingga penghujung tahun ini. sekarang ni harga emas sekitar USD1740 per aun ( semasa artikel ini di tulis ), ia dijangka akan terus meningkat. kalau pun harganya jatuh, ia akan kembali ke paras tertinggi sepanjang bulan ini dan akan terus melonjak naik.

Mengikut analisis Michael J. Kosares ( www.usagold.com ) yang juga penulis buku The ABCs of Gold Investing: How to Protect and Build Your Wealth with Gold, menjelang ogos nanti emas akan melonjak naik ke paras tertinggi sehingga RM200 segram. Berdasarkan sejarah harga emas sejak beberapa tahun yang lalu, ogos adalah bulan dimana harga emas akan naik tinggi.

Jadi bagi sesiapa yang nak beli emas, sekarang adalah masa yang sesuai berbuat demikian, kerana kenaikkan pada bulan ogos nanti akan membawa keuntungan kepada anda. Bayangkan jika beli sekarang harga nya sekitar Rm 170 segram, jika harganya naik ke RM 200 segram nilai simpanan anda juga bertambah-tambah..

Walaubagaimanapun, jika nak tunggu bulan jun atau julai baru nak beli pun boleh, tapi saya tak jamin harga sekarang akan kekal sehingga itu. Kita beli, kita simpan, kita nikmati hasilnya...

Mr Gold
0198443050

Friday, January 27, 2012

Simpan Emas Anda Di Agro Bank

Assalamualaikum semua,

Sehingga ke tarikh artikel ini ditulis, Ar-rahnu Agrobank masih lagi tidak menerima sebarang jenis gold bar untuk dipajak tetapi untuk mereka yang masih ada simpanan gold bar didalam ar-rahnu boleh memperbaharui surat pajak mereka tetapi selepas tempoh 6 bulan.

a) Emas yang hendak disimpan dinilai seperti mana pinjaman ar-rahnu mengikut harga marhunnya (nilai semasa)..

b) Upah simpah dikenakan berdasarkan nilai marhun. Contohnya nilai emas RM100 upah simpannya ialah RM0.10 sebulan. Katakan anda hendak simpan emas bar anda seberat 20 gram gred 999.9.

c) Kemudahan ini juga diberikan tempoh yang sama dengan seperti simpanan Ar-rahnu iaitu 6 + 3 + 2 bulan. Pembayaran upfront upah simpan selama 6 bulan mesti dilakukan bagi tujuan ini.

Seperti contoh diatas RM4.60 x 6 =RM27.60

d) Jika kita tebus awal dari 6 bulan tersebut, pihak bank akan memulangkan semula baki yang telah kita bayar.

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi Agrobank terdekat.

Mr Gold
0168753190

Wednesday, January 4, 2012

Ekonomi Eropah diramal goyah pada 2012

LONDON, Britain – Saham Eropah dan mata wang euro diramal berdepan pergolakan baharu pada 2012 selepas mata wang tunggal Kesatuan Eropah (EU) berkenaan merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan krisis hutang negara-negara Eropah.

Bursa-bursa utama Eropah menjunam antara 6.5 dan 25 peratus sejak permulaan tahun ini manakala mata wang euro merosot 2.5 peratus berbanding dolar dalam dagangan turun naik sepanjang bulan ini.

GAMBAR tidak bertarikh yang disediakan oleh pejabat pencetakan Jerman menunjukkan wang kertas 50 euro sedia untuk diagihkan di Berlin.

“Siapa yang dapat menyangka bahawa menjelang November, kita bercakap tentang bukan sahaja keruntuhan negara-negara mata wang euro tetapi tentang kemungkinan pembubaran EU,” kata pakar strategi kanan firma BGC Partners, Howard Wheeldon.

“Siapa yang menyangka dalam tempoh sesingkat itu ekonomi EU berhenti daripada berkembang manakala pertumbuhan kembali ekonomi rantau berkenaan dilihat terlalu sukar,” tambahnya.

Mata wang euro menamatkan dagangan tahun ini dengan menjunam di bawah AS$1.30 untuk satu euro sekali gus tahap terendah sejak permulaan tahun 2011.

Mata wang tunggal EU itu turut menjunam pada takat terendah berbanding yen sejak 10 tahun lalu dalam dagangan pada September lepas.

Keadaan tersebut berikutan kebimbangan pelabur berhubung ketidaktentuan ekonomi global dan kemerosotan nilai ekuiti di Eropah dan AS.

“Krisis mata wang euro dijangka semakin meruncing. Ekonomi global (pada 2012) diramal sama ada menyusut ke dalam kemelesetan atau mengalami pengurangan dalam pertumbuhan,” kata penganalisis Commerzbank, Ulrich Leuchtmann.

“Pelaburan dalam mata wang dolar mungkin menguntungkan selain mata wang yen dan emas,” tambahnya. – AFP

Mr Gold: 016-8753190
Pengedar Sah Public Gold.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan nak beli emas.

Pelabur Skim Emas Tuntut Wang RM411 Juta

KUALA LUMPUR – Seramai 50 orang daripada 6,764 pelabur skim emas Bestino Golden House Sdn. Bhd. hari ini berkumpul di hadapan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menuntut wang pelaburan mereka sebanyak RM411 juta yang dibekukan.

Perhimpunan selama lebih satu jam itu diadakan pada pukul 11 pagi ini oleh pelabur yang terdiri keturunan India.

Wakil pelabur, M. Sarasvathy berkata, pelaburan yang bermula sejak tahun 2004 itu telah menarik minat masyarakat berbangsa Hindu untuk melabur sehingga RM411 juta sebelum BNM membekukan akaun syarikat berkenaan kerana didapati melanggar undang-undang pada 2009.

“Kami menyedari kes tersebut masih dibicarakan di mahkamah tetapi pelabur memerlukan wang berkenaan untuk menampung kos kehidupan seharian.

“Ketika bertemu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), kami dinasihat supaya membuat tuntutan terus kepada BNM dan hari ini kesemua pelabur mahu institusi kewangan tersebut menggunakan budi bicara mereka dengan memulangkan wang yang dibeku secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sarasvathy mendakwa, pelabur-pelabur juga mempertikai tindakan pihak berkuasa membiarkan Bestino Golden House Sdn. Bhd. menjalankan operasinya sehingga hari ini.

“Walalupun kesemua wang pelaburan dibekukan tetapi syarikat tersebut masih menjalankan operasinya dan terus mengaut keuntungan.

“Tetapi pelabur-pelabur yang terdiri daripada golongan miskin dan sederhana pula dibiarkan menderita dan ketiadaan wang untuk menampung kos kehidupan seharian,” ujarnya.

Katanya, jika BNM gagal menunaikan tuntutan tersebut kesemua 6,764 pelabur bersedia membawa kes itu ke mahkamah. – mynewshub.my

Penelitian:

  1. Ciri² Skim emas: menawarkan pulangan bulanan, ada kontrak, harga lebih mahal daripada pasaran (biasanya 25% dari harga semasa).
  2. Memberikan pulangan bulanan. Sebenarnya duit bulanan yang anda terima adalah duit anda sendiri.
  3. Harga jual balik emas kepada syarikat sama dengan harga semasa kita beli dulu. sepatutnya bedasarkan harga semasa pasaran emas dunia.
  4. Ada kontrak atau perjanjian contohnya tempoh 6 bulan. selama 6 bulan syarikat adakan memberikan pulangan atau komisen kepada pembeli.
Mr Gold: 016-8753190
Pengedar Sah Public Gold.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan nak beli emas.