Thursday, March 20, 2014

Tahukah Anda???



  1. Kucing bersifat: Bebas, Jinak (Manja) & Tahan Lasak
  2. Perlu  mengajar & membiasakan kucing dgn rumah anda
  3. Kucing bukan haiwan berkumpulan
  4. Kucing perlu di beri makanan yang seimbang & sihat kerana kucing merupakan pemakan yang cerewet.
  5. Mereka lebih suka makanan kering
  6. Sekiranya kucing anda "Indoor Cat" : Bina birai yang lebih luas utk mengurung kucing anda, bukannya sangkar yang kecil, sehingga mrk tak bole  bermain.
  7. Kucing perlukan permainan utk bermain dan tempat utk mencakar (scratching post)
  8. Kucing banyak menghabiskan masa berehat & tidur 
  9.  Kucing suka memanjat
  10. Kucing perlu bermain dan berinteraksi dgn kita (owner / parents nya). Jgn biarkan kucing anda tanpa perhatian lebih drp 24 jam.
  11. Kucing sihat apabila dia gemar membersihkan dirinya sendiri (grooming). Kucing berbulu panjang perlu disikat / diberus setiap hari.
  12. Sekiranya terdapat hama telinga, titiskan ubat. (Jgn lupa cuci telinga mereka)
  13. Masa Hidup (Jangka Hayat Kucing): Sehingga 20 Tahun
  14. Usia Membiak: dari 4 Bulan
  15. Masa Hamil : 58 - 64 Hari
  16. Purata Anak2: 4-6 Ekor
  17. Usia bercerai susu (baby kucing): 6 Minggu
  18. Usia Membuka Mata: Kira2 10-14 Hari
  19. Pemandulan kucing selalunya diberi anesthesia & sedar dalam masa 48 jam
  20. Kesan pada pemandulan: kurang aktif, menyebabkan kegemukan, & boleh melakukan aktiviti seperti biasa. (Pemandulan juga dapat mengurangkan jumlah kucing2 jalanan yg terbiar)      



Friday, March 14, 2014

Ibu Kucing Menyusukan Tikus

RANAU: Walaupun kucing dan tikus dua haiwan sentiasa bermusuhan, namun perkara itu tidak berlaku bagi sebuah keluarga di Kampung Marakau, di sini, yang terkejut apabila mendapati kucing peliharaan mereka yang baru melahirkan anak turut menyusukan seekor tikus yang ‘menumpang’ manja bersama ibu kucing berkenaan.

Menurut pemiliknya, Malik Kaibeh, 47, kucing peliharaannya yang dinamakan Puralan itu baru pertama kali melahirkan dua ekor anak di sebuah pondok berhampiran rumah mereka sebelum disedarinya pada 7 Jun lalu.

“Saya melihat Puralan berulang-alik dua kali sambil menggonggong anaknya untuk berpindah dan hairan melihat ibu kucing ini turut menggonggong ‘anaknya’ yang agak pelik kerana memiliki ekor yang halus dan panjang selain berwarna hitam pekat.

“Sebaik diamati, saya terkejut apabila mendapati anak ketiganya adalah seekor tikus dan tidak pasti sama ada haiwan itu sekadar menumpang atau turut lahir bersama anak kucing lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Katanya, sebaik menyedari perkara itu, dia bersama isteri, Anifah Unggau, 47, memaklumkan kejadian terbabit kepada jiran sebelum perkara itu mula tersebar di kalangan penduduk kampung sehingga rumahnya kini menjadi tumpuan.

“Biasanya tikus menu utama makanan kucing liar di sini, tetapi lain ceritanya dengan kucing kami apabila dilayan seperti anak sendiri.

“Malah, ibu kucing dilihat melayan ‘anak istimewanya’ sama seperti dua lagi anaknya lain termasuk menyusu dan membersihkan badannya,” katanya.

Katanya, semua anak kucing berkenaan turut dilihat bermain bersama selain tikus terbabit tidak pernah cuba melarikan diri walaupun dikerumuni orang ramai.

“Kami ada memelihara lebih 10 ekor kucing yang dibiarkan bebas selain arnab yang ditempatkan di dalam reban khas di luar rumah.

“Selepas mengetahui kejadian ini, ramai penduduk kampung mengunjungi rumah saya untuk melihat lebih dekat termasuk ada di antara mereka menghulurkan wang untuk membeli makanan kepada ibu kucing berkenaan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia akan menjual haiwan berkenaan, Anifah berkata, enggan berbuat demikian dan akan memelihara haiwan berkenaan.

Tuesday, March 11, 2014

Bila Kucing Mendapat teman Baru

Kucing adalah haiwan yang mempunyai tabiat dan rutin. Secara amnya, mereka selesa dengan persekitaran itu kekal seperti sediakala dan tidak sukakan perubahan. Situasi ini amat jelas jika anda mempunyai seekor kucing dan cuba untuk memperkenalkan kucing baru ke dalam rumah anda atau anda memelihara binatang lain dan cuba memelihara kucing pertama kalinya. Dalam hal ini, anda tidak mempunyai pilihan kecuali bersabar.

Begitu sukar untuk mencari kucing yang ideal untuk anda namun adalah susah untuk mencari teman bagi kucing sedia ada. Jika anda mendapatkan kucing baru dan kucing anda tidak dapat menyesuaikan diri dengan kucing asal, anda masih bertanggungjawab terhadap kucing baru itu.

Adakah anda perlu memilih kucing berlainan jantina sebagai teman kepada kucing anda? Tidak ada sebarang kajian yang menunjukkan kucing mempunyai kecenderungan sosial untuk hidup dengan mana-mana jantina kucing. Jadi tidak ada masalah untuk anda memelihara kucing berlainan jantina atau sama.

Yang menjadi masalah adalah apabila kedua-dua kucing tidak di neuter atau spay. Kucing jantan yang tidak di neuter akan melakukan spraying untuk meletakkan sempadan kawasan agar tidak dicerobohi kucing baru. Kedua-dua kucing jantan dan betina yang tidak di neuter atau spay mungkin akan membuang najis di luar kotak najis sebagai tandaan kawasan atau menunjukkan rasa tidak puas hati dalam hal tertentu. Hal ini sering berlaku jika anda mempunyai lebih dari dua ekor kucing yang berkongsi dalam satu rumah.

Kadangkala lebih mudah untuk membawa anak kucing baru ke dalam rumah yang mempunyai kucing dewasa. Dalam situasi ini, sempadan dan dominasi telah pun terbentuk oleh kucing dewasa dan mereka tidak akan berasa terancam berbanding terpaksa bersaing dengan kucing dewasa yang lain. Kucing dewasa mungkin tidak suka jika anak kucing melompat ke atasnya atau mengganggu ekornya dan kebiasaannya mereka akan menjarakkan diri mereka antara satu sama lain. Anda mungkin terpaksa memisahkan anak kucing itu ke bilik lain untuk memberi rehat kepada kucing dewasa.

Thursday, March 6, 2014

Deria Bau Kucing

Manusia dan kucing hidup dalam dunia yang berbeza dari segi keupayaan deria bau. Deria bau kucing lebih tinggi berbanding manusia (namun anjing mempunyai deria bau yang jauh lebih tinggi berbanding kucing). Adakah kini anda masih terkejut jika kucing anda enggan menggunakan litter box yang anda anggap OK tapi KO bagi kucing?

Sudah tentu perihal litter box itu adalah masalah moden dan deria bau kucing ini bukan hanya digunakan untuk menentukan samada benda itu cukup bersih atau tidak. Bau memainkan peranan penting dalam menentukan sempadan kawasan, aktiviti memburu, dan juga mengenalpasti samada makanan itu selamat dimakan atau tidak.
Anjing bersifat pembangkai dalam hal makanan, iaitu mereka akan makan apa sahaja, "Makan dahulu, tanya kemudian" manakala kucing adalah bersifat pemburu. "Makanan segar sahaja, terima kasih" atau "Baru sahaja dibunuh, masih segar, terima kasih". Pernahkah anda melihat kucing yang memalingkan hidungnya daripada menghidu makan dalam tin yang telah dibuka untuk beberapa lama? Jawapannya mudah, ada yang tidak kena pada baunya.

Namun begitu, jika kucing anda begitu cerewet sehingga tiada makanan yang mahu dijamahnya, atau anda sedang merawat kucing yang sakit (ketiadaan selera makan), cuba panaskan makanan itu sehingga tahap yang kita biasa panggil suam-suam kuku, tapi janganlah sampai berasap-asap!. Dengan cara ini makanan itu akan berbau lebih sedap dan menjadikan ia lebih lazat dan berselera untuk kucing.


Selain daripada hidung, kucing mempunyai bahagian badan yang dipanggi organ vomeronasal, pada bahagian depan lelangit mulut kucing. Ia digunakan untuk memproses bau terutamanya yang melibatkan seksual seperti bau yang ditinggalkan oleh kucing betina pada musim mengawan. Setiap kali kucing menggunakan organ ini, mereka akan membuka mulut mereka sedikit dan 'merasa' bau tersebut. Keadaan ekspresi sebegini dipanggil Flehmen.

Wednesday, March 5, 2014

Keperluan kucing untuk tidur.



Secara umumnya kucing akan tidur lebih kurang 16 jam sehari bermakna ia akan menghabiskan 2/3 hayatnya untuk tidur. Gaya hidup kucing yang memburu menyebabkan berlakunya corak seperti ini. Buruan kegemaran mereka iaitu tikus hanya aktif pada waktu subuh dan senja, menyebabkan waktu di antara subuh dan senja itu dihabiskan untuk berehat. Walaupun begitu,kucing tidak akan tidur 16 jam secara berturut-turut tetapi akan lelap secara berkala yang dipanggil sebagai catnaps.




Walaupun kucing itu lena dalam tidurnya, dia masih waspada pada persekitaran. Telinga kucing akan menyentak bertindakbalas terhadap bunyi dan walaupun dengan ada pergerakan yang sedikit pada sekitarnya, ia akan serta-merta bangun. Jika gangguan itu tidak memberi ancaman, kucing akan menyambung tidurnya dan terus lena serta-merta.
Kecenderungan kucing untuk aktif pada awal pagi dan senja boleh menyebabkan kesusahan pada pemiliknya. Terutamanya jika kucing tersebut berjaga sepanjang malam menyelongkar isi rumah atau membuat riuh rendah pada pukul 5 pagi. Kaedah yang terbaik adalah dengan meletihkan kucing tersebut dengan bermain dengannya pada waktu siang. Ini akan membantunya untuk tidur sepanjang malam. 


Kisah Wanita Tua Dan Kucing Di Tanah Suci

Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti.

Friday, January 10, 2014

As Salam Untuk Semua

Lama tak menulis rasa kekok plak nak menulis. Sebab memang dah agak lama tak update blog.. web site aku poun dah xpired rak renew.. sekarang ni baru terasa nak blogging balik.. haha..

Kali ni aku nak jadikan blog ni suatu tempat utk sembang² kedai kopi.. Tempat nak bercerita, kongsi maklumat, tapi maklumat yg berguna je la.. hehe..

Kita jumpa nanti k..

Wassalam....