Saturday, December 17, 2011

Analisa Harga Emas dan Perak

Salam Sejahtera,

Harga emas hari ini telah mencecah kepada kepada USD1578/Oz dan perak pula USD29.06/Oz ,saya ingin memberi sedikit perkongsian mengenai hala tuju harga emas selepas ini.

Emas

harga emas

Pada waktu semalam harga berada di paras USD 1608/Oz iaitu berada diparas yang bertanda A, USD 1608/oz merupakan support level yang pertama yang telah berjaya dipecahkan, harga pada ketika ini sedang menuju ke paras USD1502/Oz dimana ia merupakan garis support level yang ke2, jika harga tersebut berjaya dipecahkan tidak mustahil harga emas akan turun keparas yang lebih rendah lagi.

Perak

Harga perak pada ketika ini berada diparas USD29.14/Oz dimana ia telah memecahkan support level yang pertama iaitu USD30.93/OZ, harga sekarang sedang menuju keparas USD26.01/Oz , jika garisan support tersebut berjaya dipecahkan . harga akan menuju keparas yang lebih rendah lagi selepas itu.

Jika anda ingin membuat pembelian emas dan perak publicgold, hubungi saya di 019-8443050

Jika anda ingin meminta nasihat sebelum membuat pembelian, hubungi saya di 019-8443050

Harga boleh di lock dalam masa 24jam, jika malam ni harga emas jatuh keparas USD1500/oz dan anda ingin lock harga,hubungi saya di 019-8443050.

Maklumat yang perlu cuma

1. Nama penuh

2.No ic

3.email

4. no akaun maybank dan public bank

anda juga boleh sms maklumat diatas jika hendak loack harga..jangan tunggu lagi, tukarkan duit bonus anda kepada emas dan perak!!!

Monday, December 12, 2011

Bijak Wang – Apa kata Datuk Salleh Majid

MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.

Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.

Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka.

Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.

Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.

Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.

Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.

Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.

Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.

Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871).

Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.

Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns.

Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?

Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.

Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.

Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.

Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.

Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam “bentuk emas” walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.

Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.

Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Friday, October 7, 2011

Ilmu Emas

Ilmu emas adalah sangat berharga. Sesiapa yang mahir dalam ilmu emas, dia InsyaAllah boleh menambah baik taraf kehidupan diri dan keluarga. Emas adalah aset yang sangat bernilai. Jika anda pegang 100g emas 999.9 pada hari ini ( RM 18,446.00 harga Public Gold), kemudian anda simpan untuk satu tempoh contohnya 5 tahun tahun. Pada tahun 2016, dengan kenaikan 30%-40% setiap tahun, emas anda akan mencecah Rm 25 000. Harga barang naik pun takpe. Sebab wang yang anda simpan dalam bentuk emas juga semakin naik.

Saya telah meneliti beberapa syarikat yang menjual dan mengedarkan emas, tidak perlulahs aya sebutkan nama syarikat tersebut. Ada juga yang menjanjikan pulangan bulanan kepada anda. Tapi awas, jika anda berhasrat untuk menyertai syarikat yang menawarkan pulangan bulanan, anda kena berhati-hati.

1. Periksa latar-belakang syarikat itu terlebih dahulu.
2. Periksa juga harga emas yang ditawarkan. ( biasanya jauh lebih mahal dari pasaran)
3. Baca surat perjanjiian ( biasanya syarikat seperti ini ada surat perjanjian )
4. Tanya bila akan dapat emas bila anda beli dan bayar pada hari ini? ( kalau tempoh lama sangat, lupakan sahaja)
5. Adakah syarikat itu menawarkan kepada anda untuk mereka simpan emas anda? kemudian mereka akan bagi komisen yang lebih tinggi kepada anda? ( kalau ya, cabut terus)

Perkara di atas anda kena cek betul-betul. Kalau silap langkah menangis lah jawabnya. Sebelum membeli dan terlibat dengan pelaburan emas, anda mesti faham kenapa mesti emas? apa istimewanya emas? semua ini anda dapat baca pada artikel yang saya tulis sebelum ini ( rujuk artikel lepas).

Setelah banyak membuat kajian dan pembacaan, saya dapati Public Gold menawarkan peluang untuk anda memiliki emas dengan harga yang sangat murah ( Harga Kilang ). Tidak ada kos upah tukang. anda boleh semak harga Public Gold di sini www.publicgold.com.my . Kira 1 gram berapa ringgit. Kemudian bandingkan dengan harga emas pasaran ( di kedai ) sila rujuk -->> http://www.fgjam.org.my . Saya boleh kata ialah harga untuk 1 g emas Public Gold Rm 7-10 lebih murah berbanding pasaran.itu baru 1 gram. Sekarang anda boleh fikir sendiri untuk membeli emas sebanyak 10g, anda nak bayar RM 1,879.00 atau Rm 2000.00?? Kalau saya grenti saya akan pilih RM1,879.00 sebab lebih murah. jadi jawapan adalah Public Gold.

Jika anda sudah membeli emas Public Gold, dan nak jual balik, anda juga boleh jual pada Public Gold tak kira calar, kemek, takde plastik dan sebagainya asalkan berat masih sama Public Gold tetap akan beli balik dengan harga yang lebih tinggi daripada anda jual kat pasar. Kalau anda jual di kedai biasanya harga akan kurang 25%-30% daripada harga sebenar. Tetapi Public Gold menawarkan anda perbezaan harga hanya 10%-15% sahaja. Sudah tentu anda akan untung.

Boleh hubungi saya kalau nak tau lebih lanjut. dan kalau nak beli emas public gold juga boleh tempah melalui saya. beli sementara harga masih murah. Penghujung tahun ini harga emas dunia dijangka mencecah RM200.00 untuk 1 g. sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk membeli emas..

Mr Gold : 019-8753190
khalifah31@gmail.com

GANDAKAN NILAI HARTA DENGAN PELABURAN EMAS

Pertama kali dalam sejarah harga emas melepasi AS$1800 seauns. Ini berikutan kebimbangan pelabur di Amerika Syarikat selepas had hutang negara tersebut dinaikkan buat kali ke 75 dan kemungkinan kelegaan kuantitatif dilakukan lagi.
Emas dilihat sebagai pelaburan yang selamat memandangkan ketidakupayaan kerajaan tersebut mengatasi masalah ekonominya.
Tindakan pelabur ini telah membuatkan Certified Gold Exchange dan J.P.Morgan Chase & Co mengemaskinikan ramalan kenaikan harga emas kepada AS$2,500 seauns.
Sejak 10 tahun lalu harga emas telah meningkat sebanyak 700 peratus (%). Kebimbangan pelabur bukan saja tertumpu kepada apa yang sedang berlaku di Amerika tetapi merebak kepada krisis hutang euro.
Setakat ini Portugal, Ireland, Greece, Sepanyol dan Itali, ekonomi ketiga terbesar di Eropah telah menambahkan kebimbangan para pelabur.
Minggu lepas kita telah dikejutkan dengan keruntuhan pasaran saham dunia, seluruh dunia, bukan di Amerika sahaja, malahan Eropah dan Asia hilang nilai modal pasaran bernilai hamper AS$4.4 trilion. Walaupun keputusan Federal Reserve Di Amerika tidak menaikkan kadar faedah melegakan pasaran sementara tetapi dari segi asas, Amerika dan Eropah masih lemah.
Walaupun kejatuhan di Malaysia dari segi peratusan lebih rendah daripada lain-lain bursa,tetapi dianggarkan RM91 bilion telah lenyap daripada nilai modal pasaran saham kita.
Apabila pasaran saham runtuh, pelabur lari mencari tempat yang selamat dan salah satu yang paling selamat ialah emas.
Beralih kepada pelaburan emas di Malaysia, pelaburan emas belum begitu menyerlah terutama sekali di kalangan orang Melayu.
Kebanyakan orang Melayu gemar membeli barang kemas yang dicampurkan dengan logam lain dan bukan seperti emas ketul yang ketulenannya di paras 999.99.
Apabila barang kemas dijual balik potongan sebanyak 30 sehingga 40 peratus dikenakan daripada harga semasa. Oleh itu ada baiknya melabur dengan emas yang ketulenannya 999.99.
Pada sesiapa yang berminat boleh memiliki syiling emas melalui Maybank dan buku simpanan melalui Public Bank.
Saya ingin menyarankan koperasi-koperasi melabur dalam emas. Kita lihat lima tahun dulu harga emas seauns ialah AS$520 dan hari ini sudah mencecah AS$1,800.
Pelaburan inilah yang bukan saja boleh menguntungkan koperasi sendiri tetapi juga ahli-ahlinya.
Keahlian keseluruhan koperasi di negara kita tidak kurang daripada 8 juta orang. Bayangkan kita dapat meningkatkan kekayaan orang Melayu berlipat kali ganda apabila melabur dengan emas.
Memang benar sistem ArRahnu sudah lama diwujudkan selaku pajak gadai Islam dan penggadai memperoleh setakat 65% daripada nilai emas yang dipajakkan.
Pada waktu yang sama upah simpan antara 0.5 sehingga 1% dikenakan untuk kadar maksimum selama 6 bulan.
Bagi pihak koperasi, ia boleh memberikan pinjaman untuk membeli emas yang disimpan selaku cagaran oleh koperasi dan ahli diberikan 65% daripada nilai emas yang disimpan dan boleh mengenakan sedikit faedah yang jauh lebih rendah daripada upah simpan melalui ArRahnu.
Kita mempunyai satu-satunya badan koperasi yang memiliki kaitan dengan beberapa koperasi yang lain dan diurus dengan betul serta berhati-hati dalam porfolio pelaburannya iaitu Angkasa.
Angkasa boleh mengambil langkah awal ini yang bakal menguntungkan sejumlah besar keahlian koperasi negara ini. Sekian lama orang Melayu tidak begitu mengambil berat tentang pelaburan emas tulen ini dan banyak pengaruh seperti FOREX yang mengalih perhatian orang Melayu kepada satu-satu pelaburan yang berisiko tinggi.
Satu-satu syarikat bumiputera yang terbabit dengan urusan jual beli emas ini ialah syarikat Serambi Emas yang mempunyai akses kepada London Gold Bullion Market dan pasaran emas di Switzerland, Jepun, Australia dan Dubai.
Sekarang majlis penerangan tentang pelaburan emas sedang giat dikendalikan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pelaburan emas.
Inilah satu-satunya peluang bagi masyarakat Melayu melipatkan gandakan nilai harta mereka. Usaha-usaha yang lepas telah menunjukkan yang kita masih lagi jauh ketinggalan dari segi memiliki kekayaan.

Thursday, October 6, 2011

Kenapa Emas?? Penting Untuk Mereka Yang Baru Nak Belajar Pasal Emas.

Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk berkongsi ilmu dengan pembaca semua tentang emas.

Apakah keistimewaan emas? Mengapa emas (dan perak) merupakan matawang yang terunggul dan aset yang terbaik untuk manusia? Semakin saya memahami tentang emas dan perak, semakin kuat rasa nak berkongsi ilmu ini dengan semua orang.

Jika anda mengetahui rahsia emas, saya gerenti minda anda akan berubah. Cara anda melihat sistem kewangan, konsep wang sekarang dan pelaburan zaman moden ini akan berubah seratus peratus.

Wang kertas yang digunapakai di dalam sistem kewangan sekarang bukanlah wang pada erti kata sebenar. Dalam keadaan perperangan, kemelesetan ekonomi dan inflasi maka wang kertas akan terjejas teruk. Mungkin akan hilang terus nilainya. Tak berguna.

Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah pada wang kertas, tetapi pada emas, perak, hartanah yang diusahakan, ternakan dan juga tanam-tanaman.

Wang kertas, boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin dan menghilangkan nilainya akan tetapi jika anda memiliki emas, perak, hartanah yang diusahakan, ternakan dan tanam-tanaman maka ia tidak boleh dimanipulasikan. Inilah kekayaan sebenar.

Ini bukanlah laman web yang menyokong skim cepat kaya atau nak recommend mana-mana pelaburan internet, matrik, sumbangan ikhlas. Saya amat tidak menyokong program-program berbentuk sedemikian kerana akan merugikan wang anda.

Jauhi skim cepat kaya atau pelaburan internet.

Jadi, mulai saat ini, saya ingin berkongsi ilmu dengan anda…

apakah kekayaan sebenarnya…

Apa itu emas ?

Emas ialah salah satu jenis logam berharga (precious metal) yang mempunyai unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Emas merupakan logam lembut, berkilat, berwarna kuning, tumpat, mudah ditempa, mulur, logam peralihan ( trivalen dan univalen ), dan stabil, iaitu tidak bertindak balas dengan kebanyakan bahan kimia. Logam ini selalunya hadir dalam bentuk ketulan nugget di dalam batuan dan longgokan aluvium. Emas juga merupakan salah satu logam untuk pembuatan duit syiling.


Emas digunakan sebagai piawai mata wang untuk banyak negara dan digunakan dalam industri barang kemas, pergigian, dan elektronik. Kod matawang ISO bagi emas ialah XAU.

Jadi, selelpas mengetahui apa itu emas yang sebenarnya baru lah boleh anda buat pelaburan dengan emas. Selalu lah ingat yang emas adalah logam berharga yang tidak lut pada inflasi. walau semerosot manapun inflasi emas tetap berharga. bagaimana nak buat pelaburan emas yang baik. senang saja.. beli emas fizikal dan simpan selama yang boleh. setiap tahun kadar kenaikan emas dicatat 25%-40% setiap tahun jadi selepas 10 tahun berapa agaknya nilai emas anda??

Untuk membeli anda juga haru beli dengan harga murah. jadi dimana nak beli dengan murah berbanding harga di kedai emas termasuk tempat lain?? jawapannya adalah Public Gold. Public Gold menawarkan harga yang jauh lebih murah daripada harga di pasar. dan Public gold membeli emas anda lebih mahal dari yang lain ( 10% - 15% sahaja ).

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh hubungi saya terutanya mereka yang berada di sarawak.

Mr Gold : 0168753190
khalifah31@gmail.com

Ketumpatan emas


Salah satu ujian untuk membuktikan keaslian emas ialah ketumpatan (density) emas. Ketumpatan standard untuk logam emas (Au) mestilah 19.3 g/cm3. Sepatutnya tidak lebih dan tidak kurang. Tetapi menurut pegawai agro bank, mereka masih boleh terima jika 19.2 atau 19.4. Mungkin mengambil-kira faktor ketepatan alat penguji iaitu 'precious metal tester'.


Waktu saya test emas Public Gold haritu, Alhamdulillah ketumpatannya ialah 999.9. Pembaca boleh cuba sendiri sewaktu memajak emas milik pembaca. Cadangan saya jika memajak ar-rahnu, pajak secara berasingan bukan secara pukal. Ini memudahkan waktu kita menebus nanti.

Kalau anda mebeli emas dengan public gold, ketumpatannya adalah dijamin kerana certificate ketulenan akan diberikan kepada anda. Jika masih juga was-was anda boleh lah bawa emas anda ke mana-mana cawangan public gold untuk menimbang dan menguji tahap ketulenannya.

Public Gold ada menyediakan mesin untuk menimbang dan mengukur ketulenan di cawangan mereka. Untuk mereka yang berada di kawasan kuching, serian, kota samarahan dan sebagainya boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut

Mr Gold : 016-8753190

Emas Pelaburan Yang Selamat

Pasaran Emas : Pelaburan Yang Selamat

Logam Berharga (precious metals) adalah logam yang jarang dijumpai tetapi mempunyai nilai yang tinggi dari segi ekonomi. Ketingginan nilai ini adalah disebabkan ia sukar diperolehi, kegunaannya dalam bidang industri dan kegunaannya sebagai komoditi di dalam pelaburan.

Logam bernilai tinggi seperti emas dan perak mempunyai kilauan yang tinggi serta tahap melting point yang lebih tinggi berbanding logam-logam lain. Ulasan selanjutnya dalam artikel ini akan membincangkan berkenaan pasaran emas. Selamat membaca.

Keadaan inflasi yang semakin tinggi dan membebankan membuatkan ramai yang tak senang duduk apabila duit gaji asyik tak cukup. Sekali lagi emas adalah yang terbaik untuk menyimpan wang anda. Apabila nilai matawang semakin susut barang semakin mahal harganya, maka dengan wang sebanyak RM 1000 berapa banyak yang kita boleh beli.

Wang RM 1000 akan terus kekal nilainya. Manakala emas walau hanya 1 gram akan meningkat harganya. Orang yang paling banyak menyimpan emas akan menjadi orang yang paling kaya suatu hari nanti. Kerana emas semakin hari semakin mahal harganya. Bayangkan jka jika membeli 100 gram emas hari ini dengan harga RM 18 500, setelah 5 tahun nilai emas tersebut mungkin mencecah Rm 23 000 atau lebih. Untung tak?

Friday, July 1, 2011

cerita tentang ayam

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).
Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

[jawapan ada di bawah]












Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA..

Sangat Bijak

MOSTI sedang mencari angkasawan utk dihantar ke marikh. Walaubagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.

Calon pertama, seorg engineer di tanya berapa banyak wang yg dia mahu."Sejuta" jawapnye "Saya nak sumbangkan utk anak-anak yatim."

Calon seterusnya adalah seorg doktor. Dia juga di tanya soalan yg serupa. Dia menjawap, dua juta ringgit. "Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yg sejuta lagi saya nak derma utk buat research dan experiment."

Calon terakhir adalah seorg peguam. Bile ditanya berapa banyak yg dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, "3 juta ringgit."

"Kenapa lagi banyak dari yg lagi dua calon?" penemuduga bertanya.

Peguam itu menjawap, "Kamu bagi saya 3 juta. Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yg sejuta lagi tu, kita guna utk hantar engineer tu ke marikh"

Cita-Cita Yang TInggi

Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.


Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…


Cikgu Fery : Yer saya….

Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil…

Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memag tak boleh diduga.

Friday, June 24, 2011

Tetiba Aku teringat Yang Aku Ada Blog....

Dah lame gak aku lupa yang aku ada blog...
hari ni tetiba teringat lau coret kan lah sikit...
walaupun aku suka menulis, tapi kesibukkan menghalang minat..
sibuk lah sangat.. ye tak...

boleh laa... sibuk keja.. sibuk blaja.. blaja??
boleh lah dikata blaja.. hehehe...
pastu sibuk bersukan..
dah agak jarang duduk melepak lama² depan komputer..

klu satu masa dulu.. memang kebanyakkan masa aku habiskan depan komputer...
berchating... surf internet.. carik kawan.. dan sebagainya..
seronok masa tu.. join komoniti KISSRADIOFM...

member² KISSRADIOFM mesti masih ingat dengan dj sengal @ kaidei..
tu pun klau depa ingat lah.. hahaha.. tak ingat pun tak pe..

o.k lah... aku chow dulu..
nak masuk kelas dah..
esok lusa harap² aku ingat dan aku ada idea nak tulis apa..
adiossss.... amigosss....
aku berambusssss.....