Monday, February 27, 2012

Produk Terbaru Public Gold : 10 Dirham

Salam buat semua pembaca khususnya mereka yg sangat berminat tentang emas dan perak. Hari ni saya nak cerita tentang produk terbaru PG iaitu produk perak 10 Dirham. Ia telah dijual pada harga sekitar RM150 sekeping tetapi seperti biasa harganya akan berubah-ubah mengikut turun naik harga perak dunia.


10 Dirham

Apa yang mnarik mengenai Produk ini ialah :
1. Semestinya harga yang ditawar lebih jauh lebih murah daripada yang yang lain. ( kalau WIM Rm 25 untuk 1 dirham. kalau 10 dirham?? dah Rm 250.. PG baru sekitar Rm150...
2. Setelah di kira susut nilainya sebanyak 16%.
3. Transportation cost -->> Semenanjung = Rm5 -- Sabah/sarawak/Brunei = rm10
4. Memang sangat sesuai untuk dijadikan Mas kahwin ataupun sebagai cenderahati.
5. Harganya adalah bergantung kepada turun naik harga pasaran dunia.

Harga permulaan 10 Dirham Rm 150
Murah dan mampu milik. Dapatkan sebelum harga melonjak naik..

Seperti yang kita sedia maklum, dinar dan dirham telah pun digunakan sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Pada masa kini seluruh dunia telah kembali sedar akan kelebihan menyimpan emas dan perak berbanding wang kertas (kalau nak tau kelebihannya boleh baca artikel yag lepas). keadaan ini telah meyebabkan harga emas melonjak naik setiap tahun. Selain faktor pergolakkan ekonomi USA dan Eropah.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW SAW telah bersabda:
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).

-Riwayat Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal-


Jadi, kepada yang telah pun bermula dan berusaha untuk menyinpan emas dan perak, tahniah!!! anda telah membuat keputusan yang sangat bijak. Dan kepada yang baru nak menyimpan, jangan tunggu lebih lama kerana harganya akan menjadi semakin mahal.

Hubungi saya dengan segera jika nak beli emas dan perak produk Public Gold.


Mr Gold
PG Authorized Dealer
019-8443050

Friday, February 24, 2012

Jualan Barang Kemas Meningkat

2012/02/02 (http://www.bharian.com.my)

KETIDAKTENTUAN ekonomi dunia tidak menjejaskan pasaran barangan kemas di negara ini susulan minat berterusan rakyat Malaysia membeli barangan emas sebagai pelaburan selain sebagai kegunaan perhiasan diri.

Pengarah Urusan Habib Jewels, Datuk Meer Sadik Habib berkata, pasaran barangan kemas keluaran syarikatnya terus meningkat walau pun harga emas global semakin melonjak tinggi.

Malah, jelas beliau, kenaikan harga emas di pasaran dunia itu sebenarnya turut meyakinkan pembeli untuk membuat pelaburan emas termasuk membeli barangan kemas.

“Pembeli tidak hanya membeli barangan kemas sebagai perhiasan diri, malah mereka juga membelinya bagi tujuan pelaburan ekoran kenaikan harga emas yang begitu ketara sekarang,” katanya kepada media, selepas merasmikan Galeri Warisan Jawi Peranakan di Georgetown, Pulau Pinang.

Bagi memberi jaminan pelaburan kepada pelanggannya, katanya Habib juga mempunyai syarikat pajak gadai Islam Al Rahnu yang menerima gadaian barangan emas dan batu permata.

Beliau berkata, Habib Jewels juga telah mencapai jualan yang memberangsangkan pada tahun lalu dengan pendapatan jualan RM300 juta dan syarikat itu yakin dapat meningkatkan lagi jualannya tahun ini.

Meer Sadik berkata, kumpulan menyasar peningkatan pendapatan jualan antara 10 peratus hingga 20 peratus bagi tahun ini kerana menerima permintaan yang tinggi.
Bagi menampung permintaan tempatan itu, Habib bakal membuka cawangan barunya di Perak dan Pahang pada tahun ini dengan melaburkan RM4 juta bagi pembukaan setiap cawangan.

Katanya, Habib Jewels setakat ini belum bercadang membuka cawangannya di luar negara dan mahu memberi tumpuan terhadap pasaran tempatan namun, syarikat itu giat menjalankan promosi di luar negara sebagai usaha mempromosi jenama.

Mengenai Galeri Warisan Jawi Peranakan itu, beliau berkata, Habib melabur RM2 juta bagi kerja-kerja membaik pulih bangunan kedai asalnya di Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown.

Galeri yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas itu mempamerkan lebih 100 koleksi barangan kemas dan batu permata antik termasuk barangan kemas yang berusia lebih 100 tahun yang dipakai oleh kaum wanita Jawi Peranakan di Pulau Pinang. – BERNAMA

Untuk dapatkan emas yang murah dan panduan pelaburan emas.. boleh hubungi saya terus.. atau add facebook saya.. Rahsia Emas..

Mr Gold..

Pengedar Sah PG

0198443050

Tips Pelaburan dan berita Emas : Jualan barang kemas meningkat ( Berita Harian)

Assalamualaikum..

Salam emas buat semua..

Sehari dua ni banyak pulak artikel pasal emas keluar akhbar..nampaknya emas semakin popular bahkan bertambah-tambah popular semenjak dua menjak ni.. syarikat2 emas pun tumbuh bagaikan cendawan.

emas+terus+popular Isu emas tips Pelaburan dan berita Emas : Jualan barang kemas meningkat ( Berita Harian)

Sebelum artikel hari ini keluar ada juga artikel ‘kekecewaan’ pelabur tehadap emas.

Kesimpulan ringkas emasmaster selepas membaca artikel-artikel tersebut ialah :

1-Pelaburan emas ini perlukan ilmu yang cukup baru boleh dapat untung yang maksima.

2-Emas adalah penyimpan nilai terbaik.. dek kerana inflasi yg menggila harga emas akan terus melambung.

3-Pelaburan emas untuk jangka panjang insyaAllah sentiasa selamat dan menguntungkan. Pelaburan jangka pendek perlu tahu teknik yang betul.. terutama berkenaan pasaran

4-Perlu tahu support system untuk mengelakkan kerugian melabur dalam emas.. seperti pajak sebentar jika jual masih rugi sementara menunggu buyer utk Letgo atau sell back to sykt dll.

5-Perlu cari emas yang harga murah dan mudah ‘cair’ utk dipajak yang terbaik adalah emas 999 dalam barang kemas. Ini adalah kerana SPREAD emas 999 amt rendah berbanding emas 916.. dan Barang kemas boleh dipajak untuk menambah keuntungan atau mengelak kerugian.

6. Nak tahu lebih lanjut.. hubgungi saya atau cari saya di facebook. ( nick name = rahsia emas )..

Mr Gold

Pengedar Sah PG

0198443050

Tuesday, February 21, 2012

HARGA EMAS DIJANGKA RM200 PER GRAM PADA TAHUN INI

Salam to all..

Berita terkini yang saya terima selepas roger² dengan rakan² tokey emas yang lain, dan selepas melihat trend harga emas sebelum dan semasa, pakar² kaji selidik harga emas menjangkakan yang harga emas akan stabil di paras Rm 200 untuk 1 gram sehingga penghujung tahun ini. sekarang ni harga emas sekitar USD1740 per aun ( semasa artikel ini di tulis ), ia dijangka akan terus meningkat. kalau pun harganya jatuh, ia akan kembali ke paras tertinggi sepanjang bulan ini dan akan terus melonjak naik.

Mengikut analisis Michael J. Kosares ( www.usagold.com ) yang juga penulis buku The ABCs of Gold Investing: How to Protect and Build Your Wealth with Gold, menjelang ogos nanti emas akan melonjak naik ke paras tertinggi sehingga RM200 segram. Berdasarkan sejarah harga emas sejak beberapa tahun yang lalu, ogos adalah bulan dimana harga emas akan naik tinggi.

Jadi bagi sesiapa yang nak beli emas, sekarang adalah masa yang sesuai berbuat demikian, kerana kenaikkan pada bulan ogos nanti akan membawa keuntungan kepada anda. Bayangkan jika beli sekarang harga nya sekitar Rm 170 segram, jika harganya naik ke RM 200 segram nilai simpanan anda juga bertambah-tambah..

Walaubagaimanapun, jika nak tunggu bulan jun atau julai baru nak beli pun boleh, tapi saya tak jamin harga sekarang akan kekal sehingga itu. Kita beli, kita simpan, kita nikmati hasilnya...

Mr Gold
0198443050