Friday, January 27, 2012

Simpan Emas Anda Di Agro Bank

Assalamualaikum semua,

Sehingga ke tarikh artikel ini ditulis, Ar-rahnu Agrobank masih lagi tidak menerima sebarang jenis gold bar untuk dipajak tetapi untuk mereka yang masih ada simpanan gold bar didalam ar-rahnu boleh memperbaharui surat pajak mereka tetapi selepas tempoh 6 bulan.

a) Emas yang hendak disimpan dinilai seperti mana pinjaman ar-rahnu mengikut harga marhunnya (nilai semasa)..

b) Upah simpah dikenakan berdasarkan nilai marhun. Contohnya nilai emas RM100 upah simpannya ialah RM0.10 sebulan. Katakan anda hendak simpan emas bar anda seberat 20 gram gred 999.9.

c) Kemudahan ini juga diberikan tempoh yang sama dengan seperti simpanan Ar-rahnu iaitu 6 + 3 + 2 bulan. Pembayaran upfront upah simpan selama 6 bulan mesti dilakukan bagi tujuan ini.

Seperti contoh diatas RM4.60 x 6 =RM27.60

d) Jika kita tebus awal dari 6 bulan tersebut, pihak bank akan memulangkan semula baki yang telah kita bayar.

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi Agrobank terdekat.

Mr Gold
0168753190

Wednesday, January 4, 2012

Ekonomi Eropah diramal goyah pada 2012

LONDON, Britain – Saham Eropah dan mata wang euro diramal berdepan pergolakan baharu pada 2012 selepas mata wang tunggal Kesatuan Eropah (EU) berkenaan merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan krisis hutang negara-negara Eropah.

Bursa-bursa utama Eropah menjunam antara 6.5 dan 25 peratus sejak permulaan tahun ini manakala mata wang euro merosot 2.5 peratus berbanding dolar dalam dagangan turun naik sepanjang bulan ini.

GAMBAR tidak bertarikh yang disediakan oleh pejabat pencetakan Jerman menunjukkan wang kertas 50 euro sedia untuk diagihkan di Berlin.

“Siapa yang dapat menyangka bahawa menjelang November, kita bercakap tentang bukan sahaja keruntuhan negara-negara mata wang euro tetapi tentang kemungkinan pembubaran EU,” kata pakar strategi kanan firma BGC Partners, Howard Wheeldon.

“Siapa yang menyangka dalam tempoh sesingkat itu ekonomi EU berhenti daripada berkembang manakala pertumbuhan kembali ekonomi rantau berkenaan dilihat terlalu sukar,” tambahnya.

Mata wang euro menamatkan dagangan tahun ini dengan menjunam di bawah AS$1.30 untuk satu euro sekali gus tahap terendah sejak permulaan tahun 2011.

Mata wang tunggal EU itu turut menjunam pada takat terendah berbanding yen sejak 10 tahun lalu dalam dagangan pada September lepas.

Keadaan tersebut berikutan kebimbangan pelabur berhubung ketidaktentuan ekonomi global dan kemerosotan nilai ekuiti di Eropah dan AS.

“Krisis mata wang euro dijangka semakin meruncing. Ekonomi global (pada 2012) diramal sama ada menyusut ke dalam kemelesetan atau mengalami pengurangan dalam pertumbuhan,” kata penganalisis Commerzbank, Ulrich Leuchtmann.

“Pelaburan dalam mata wang dolar mungkin menguntungkan selain mata wang yen dan emas,” tambahnya. – AFP

Mr Gold: 016-8753190
Pengedar Sah Public Gold.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan nak beli emas.

Pelabur Skim Emas Tuntut Wang RM411 Juta

KUALA LUMPUR – Seramai 50 orang daripada 6,764 pelabur skim emas Bestino Golden House Sdn. Bhd. hari ini berkumpul di hadapan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menuntut wang pelaburan mereka sebanyak RM411 juta yang dibekukan.

Perhimpunan selama lebih satu jam itu diadakan pada pukul 11 pagi ini oleh pelabur yang terdiri keturunan India.

Wakil pelabur, M. Sarasvathy berkata, pelaburan yang bermula sejak tahun 2004 itu telah menarik minat masyarakat berbangsa Hindu untuk melabur sehingga RM411 juta sebelum BNM membekukan akaun syarikat berkenaan kerana didapati melanggar undang-undang pada 2009.

“Kami menyedari kes tersebut masih dibicarakan di mahkamah tetapi pelabur memerlukan wang berkenaan untuk menampung kos kehidupan seharian.

“Ketika bertemu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), kami dinasihat supaya membuat tuntutan terus kepada BNM dan hari ini kesemua pelabur mahu institusi kewangan tersebut menggunakan budi bicara mereka dengan memulangkan wang yang dibeku secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sarasvathy mendakwa, pelabur-pelabur juga mempertikai tindakan pihak berkuasa membiarkan Bestino Golden House Sdn. Bhd. menjalankan operasinya sehingga hari ini.

“Walalupun kesemua wang pelaburan dibekukan tetapi syarikat tersebut masih menjalankan operasinya dan terus mengaut keuntungan.

“Tetapi pelabur-pelabur yang terdiri daripada golongan miskin dan sederhana pula dibiarkan menderita dan ketiadaan wang untuk menampung kos kehidupan seharian,” ujarnya.

Katanya, jika BNM gagal menunaikan tuntutan tersebut kesemua 6,764 pelabur bersedia membawa kes itu ke mahkamah. – mynewshub.my

Penelitian:

  1. Ciri² Skim emas: menawarkan pulangan bulanan, ada kontrak, harga lebih mahal daripada pasaran (biasanya 25% dari harga semasa).
  2. Memberikan pulangan bulanan. Sebenarnya duit bulanan yang anda terima adalah duit anda sendiri.
  3. Harga jual balik emas kepada syarikat sama dengan harga semasa kita beli dulu. sepatutnya bedasarkan harga semasa pasaran emas dunia.
  4. Ada kontrak atau perjanjian contohnya tempoh 6 bulan. selama 6 bulan syarikat adakan memberikan pulangan atau komisen kepada pembeli.
Mr Gold: 016-8753190
Pengedar Sah Public Gold.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan nak beli emas.