Tuesday, March 11, 2014

Bila Kucing Mendapat teman Baru

Kucing adalah haiwan yang mempunyai tabiat dan rutin. Secara amnya, mereka selesa dengan persekitaran itu kekal seperti sediakala dan tidak sukakan perubahan. Situasi ini amat jelas jika anda mempunyai seekor kucing dan cuba untuk memperkenalkan kucing baru ke dalam rumah anda atau anda memelihara binatang lain dan cuba memelihara kucing pertama kalinya. Dalam hal ini, anda tidak mempunyai pilihan kecuali bersabar.

Begitu sukar untuk mencari kucing yang ideal untuk anda namun adalah susah untuk mencari teman bagi kucing sedia ada. Jika anda mendapatkan kucing baru dan kucing anda tidak dapat menyesuaikan diri dengan kucing asal, anda masih bertanggungjawab terhadap kucing baru itu.

Adakah anda perlu memilih kucing berlainan jantina sebagai teman kepada kucing anda? Tidak ada sebarang kajian yang menunjukkan kucing mempunyai kecenderungan sosial untuk hidup dengan mana-mana jantina kucing. Jadi tidak ada masalah untuk anda memelihara kucing berlainan jantina atau sama.

Yang menjadi masalah adalah apabila kedua-dua kucing tidak di neuter atau spay. Kucing jantan yang tidak di neuter akan melakukan spraying untuk meletakkan sempadan kawasan agar tidak dicerobohi kucing baru. Kedua-dua kucing jantan dan betina yang tidak di neuter atau spay mungkin akan membuang najis di luar kotak najis sebagai tandaan kawasan atau menunjukkan rasa tidak puas hati dalam hal tertentu. Hal ini sering berlaku jika anda mempunyai lebih dari dua ekor kucing yang berkongsi dalam satu rumah.

Kadangkala lebih mudah untuk membawa anak kucing baru ke dalam rumah yang mempunyai kucing dewasa. Dalam situasi ini, sempadan dan dominasi telah pun terbentuk oleh kucing dewasa dan mereka tidak akan berasa terancam berbanding terpaksa bersaing dengan kucing dewasa yang lain. Kucing dewasa mungkin tidak suka jika anak kucing melompat ke atasnya atau mengganggu ekornya dan kebiasaannya mereka akan menjarakkan diri mereka antara satu sama lain. Anda mungkin terpaksa memisahkan anak kucing itu ke bilik lain untuk memberi rehat kepada kucing dewasa.

No comments:

Post a Comment