Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk berkongsi ilmu dengan pembaca semua tentang emas.
Apakah keistimewaan emas? Mengapa emas (dan perak) merupakan matawang yang terunggul dan aset yang terbaik untuk manusia? Semakin saya memahami tentang emas dan perak, semakin kuat rasa nak berkongsi ilmu ini dengan semua orang.
Jika anda mengetahui rahsia emas, saya gerenti minda anda akan berubah. Cara anda melihat sistem kewangan, konsep wang sekarang dan pelaburan zaman moden ini akan berubah seratus peratus.
Wang kertas yang digunapakai di dalam sistem kewangan sekarang bukanlah wang pada erti kata sebenar. Dalam keadaan perperangan, kemelesetan ekonomi dan inflasi maka wang kertas akan terjejas teruk. Mungkin akan hilang terus nilainya. Tak berguna.
Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah pada wang kertas, tetapi pada emas, perak, hartanah yang diusahakan, ternakan dan juga tanam-tanaman.
Wang kertas, boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin dan menghilangkan nilainya akan tetapi jika anda memiliki emas, perak, hartanah yang diusahakan, ternakan dan tanam-tanaman maka ia tidak boleh dimanipulasikan. Inilah kekayaan sebenar.
Ini bukanlah laman web yang menyokong skim cepat kaya atau nak recommend mana-mana pelaburan internet, matrik, sumbangan ikhlas. Saya amat tidak menyokong program-program berbentuk sedemikian kerana akan merugikan wang anda.
Jauhi skim cepat kaya atau pelaburan internet.
Jadi, mulai saat ini, saya ingin berkongsi ilmu dengan anda…
apakah kekayaan sebenarnya…
No comments:
Post a Comment