Thursday, October 6, 2011

Emas Pelaburan Yang Selamat

Pasaran Emas : Pelaburan Yang Selamat

Logam Berharga (precious metals) adalah logam yang jarang dijumpai tetapi mempunyai nilai yang tinggi dari segi ekonomi. Ketingginan nilai ini adalah disebabkan ia sukar diperolehi, kegunaannya dalam bidang industri dan kegunaannya sebagai komoditi di dalam pelaburan.

Logam bernilai tinggi seperti emas dan perak mempunyai kilauan yang tinggi serta tahap melting point yang lebih tinggi berbanding logam-logam lain. Ulasan selanjutnya dalam artikel ini akan membincangkan berkenaan pasaran emas. Selamat membaca.

Keadaan inflasi yang semakin tinggi dan membebankan membuatkan ramai yang tak senang duduk apabila duit gaji asyik tak cukup. Sekali lagi emas adalah yang terbaik untuk menyimpan wang anda. Apabila nilai matawang semakin susut barang semakin mahal harganya, maka dengan wang sebanyak RM 1000 berapa banyak yang kita boleh beli.

Wang RM 1000 akan terus kekal nilainya. Manakala emas walau hanya 1 gram akan meningkat harganya. Orang yang paling banyak menyimpan emas akan menjadi orang yang paling kaya suatu hari nanti. Kerana emas semakin hari semakin mahal harganya. Bayangkan jka jika membeli 100 gram emas hari ini dengan harga RM 18 500, setelah 5 tahun nilai emas tersebut mungkin mencecah Rm 23 000 atau lebih. Untung tak?

No comments:

Post a Comment